Pages

Profile

Kolej Komuniti merupakan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di bawah Kementerian Pengajian Tinggi.  Kolej Komuniti telah ditubuhkan melalui Memorandum No 398/2225/00 yang dikemukakan oleh Menteri Pendidikan kepada Jemaah Menteri pada 5 Julai 2000.  Memorandum ini mengandungi konsep penubuhan dan pelaksanaan satu Kolej Komuniti di setiap kawasan parlimen.  Ia berperanan untuk memberi peluang latihan dan kemahiran kepada semua peringkat masyarakat serta peluang pendidikan kepada lepasan menengah sebelum ke pasaran pekerjaan atau melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.  10 buah Kolej Komuniti rintis mula beroperasi pada pertengahan jun 2001.

Di peringkat pusat, Bahagian Pengurusan Kolej Komuniti (BPKK), Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) telah dipertanggungjawabkan untuk mengawal selia pengurusan semua Kolej Komuniti, KPTM.  Di peringkat Institusi pula Kolej Komuniti pula diketuai oleh Pengarah dan dibantu oelh pegawai-pegawai kanan, pensyarah/pengajar dan juga kakitangan sokongan.